IQNA

Mesej doa hari keempat Ramadhan

12:54 - March 28, 2023
Berita ID: 3102384
TEHRAN (IQNA) - Mengecap kemanisan zikir - mengingati Allah disediakan dalam baris kata-kata doa pada hari keempat Ramadhan yang boleh difikirkan.

Dalam doa hari keempat bulan suci Ramadhan, kita membaca:

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِیْمِ؛ اَلَّلهُمَّ قَوِّنِی فِیْهِ عَلَی إقَامَةِ أمْرَِكَ وَاذِقْنی فیهِ حَلاوَةَ ذِکْرِكَ وَ أوْزِعْنی فیهِ لِأداءِ شُکْرَكَ بِکَرَمِكَ وَاحْفَظنی فیهِ بِحِفظْكَ و سِتْرِكَ یا أبْصَرَ النّاظرِین

“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang; "Ya Allah!, kurniakanlah kepadaku kekuatan di bulan ini untuk melaksanakan perintah-Mu, anugerahkan kepadaku kemanisan mengingat-Mu, dengan kemurahan-Mu berikanlah kesempatan kepadaku untuk bersyukur kepada-Mu, dan dengan penjagaan dan perisai-Mu jagalah diriku, wahai Yang maha teliti melihat dari mereka yang melihat"

Pesanan pertama: Memohon kemampuan untuk melakukan ibadah; Kemampuan beribadah berbeza dengan kemampuan otot badan. Kedua kemampuan ini berbeza antara satu sama lain, seseorang mungkin sudah sangat tua; tetapi masih kekal berkuasa dalam ibadatnya daripada orang muda yang berotot badan yang tentu lebih kuat.

Kita hendaklah berdoa agar Allah memberikan kemampuan dan kekuatan untuk beribadah di bulan suci Ramadhan. Memiliki kemampuan beribadah adalah satu rahmat Allah yang perlu diminta dariNya; sesiapa yang memilih jalan-Nya, Allah meredhainya. Dia memberi kejayaan kepada manusia dalam ibadat dan doa yang dia memanggilNya dan mentaati perintahNya.

Pesanan kedua: Merasai kemanisan ingat Allah; Mengapa kita tidak merasa kemanisan ibadah - ingat Allah? Ada satu riwayat hadis Al-Qudsi dari baginda Nabi SAW yang bersabda;

«قَالَ اللَّهُ سُبْحَانَهُ إِذَا عَلِمْتُ أَنَّ الْغَالِبَ عَلَى عَبْدِیَ الِاشْتِغَالَ بِی نَقَلْتُ شَهْوَتَهُ فِی مَسْأَلَتِی وَ مُنَاجَاتِی»

Allah SWT berfirman; "Jika Aku melihat hambaKu menghabiskan sebahagian besar masanya untuk Aku dan memikirkan tentangKu, iaitu, dia berfikir tentang apa yang harus dia lakukan, atau apa yang dia dilarang untuk melakukannya sehingga dia berusaha untuk menghindarinya (walaupun dia mungkin tergelincir juga pada satu masa - mempunyai tingkah laku yang tidak sepatutnya pada satu masa dan waktu), Aku akan cenderungkan ia ke arah berkata-kata - berdialog, munajat dan doa denganKu".

«....إِنَّ أَدْنَی مَا أَنَا صَانِعٌ بِهِمْ أَنْ أَنْزِعَ حَلَاوَةَ مُنَاجَاتِی عَنْ قُلُوبِهِمْ»

"...Jika seorang alim tidak melakukan apa yang dia ketahui, paling ringannya azab dari Allah kerana mengabaikan ilmunya, Allah akan menjauhkan dirinya dari kemanisan ibadah - bermunajat dan doa kepada Allah".

Pesanan ketiga: Bersyukur kepada Tuhan; "Syukr - «شُکر»" mempunyai makna yang terperinci dan ia adalah penghargaan dan menghargai, mengenal ukuran kebenaran dan keadilan. Jika seseorang ingin mensyukuri dan menghargai, hendaklah dia mengenal ukuran dan nilai nikmat Allah SWT, iaitu mengetahui maksud dan tujuan setiap nikmat itu dan menggunakannya dengan sewajarnya. Kejayaan kesyukuran kepada Allah, mendorong untuk sentiasa meminta daripada Allah, kerana segala-galanya adalah daripada-Nya, sebagaimana yang diminta oleh Nabi Sulaiman (as);

«رَبِّ أَوْزِعْنِی أَنْ أَشْکُرَ نِعْمَتَکَ الَّتِی أَنْعَمْتَ عَلَی»
Bermaksud; "Tuhan, berikanlah ilham kepadaku untuk saya menyukuri nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku".

Mesej keempat: Penjagaan Allah; Tuhan yang melihat juga adalah "penyembunyi segala aib, kekurangan dan kecacatan". Hazrat Ali (as) berkata:

لَوْ تَکَاشَفْتُمْ مَا تَدَافَنْتُم

"Jika anda tampak apa yang anda telah kuburkan", yang bermaksud; Jika kamu tahu tentang dosa masing-masing kamu, maka tiada siapa yang akan bersedia menanam mayat orang lain!

Tuhan Yang Maha Kuasa menutupi dosa kita dengan hijab dan perisaiNya. Tetapi kita harus berasa malu dan mengawal diri sendiri untuk tidak berbuat dosa dihadapan Dia yang maha melihat.

Tuas penahan dosa; Sebagaimana brek dalam kereta diperlukan untuk mengawal kereta daripada terjatuh ke cenuram, jurang dan bahaya. Naluri dan keinginan manusia juga perlu dikawal, diantara pengawalannya dengan tips berikut;
1. Memikirkan perilaku dan akibatnya
2. Iman kepada Allah dan perhitungan amal hari akhirat
3. Kesedaran diri dan perhatian terhadap integriti dan keperibadian

4. Memberi perhatian untuk sentiasa bersyukur kepada Tuhan
5. Memberi perhatian kepada skop tindakan yang bersesuaian dengan makna berpemimpin Ilahi
6. Melihat kematian yang hampir (ingat kematian sentiasa dekat)
7. Takut akibat dosa
8. Memperhatikan peranan ibadah untuk meninggalkan maksiat.

* Diambil dari kitab; "Bisikan Orang Berpuasa - «نجوای روزه‌داران» -" Najwoi ruzedoron, berbahasa Farsi - karangan Hujjatul Islam Ruhullah Bidrom (روح‌ الله بیدرام) dalam tafsiran doa hari keempat bulan Ramadhan.

3964991

captcha