IQNA

Analisis; Dari Badai al-Aqsa ke Badai al-Ahrar; Jihad pembelaan orang tertindas/7

Kebangkitan dunia mustadhafin melawan dunia mustakbirin/Pasukan al-Quds/2

13:56 - April 11, 2024
Berita ID: 3104239
IQNA - Catatan menarik yang ditulis oleh Mahdi Reza, pakar Organisasi Kebudayaan dan Komunikasi Islam di Republik Islam Iran menulis dengan tajuk; "Berakhirnya hegemoni Barat dengan jenayah zionis Israel di Gaza", menarik untuk kita semak dalam analisis ini.

Sebelum kemuncaknya Badai al-Aqsa menghantam jenayah panjang zionis ke atas rakyat mazlum Gaza, naratif yang dominan dalam pengaturan budaya antarabangsa berada di tangan hegemoni Barat/Amerika dan sekutu Eropahnya dan bahkan mampu mempengaruhi sejumlah pemimpin dan masyarakat besar dunia Islam khusunya kepala-kepala negara Arab dan Islam di kawasan Nusantara dan Asia lainnya, selepas Badai Al-Aqsa dan jenayah dari abad pertengahan Zionis di Palestin, monopoli dan hegemoni ini telah dipecahkan oleh Badai al-Aqsa Gaza 7 Oktober 2023M dan hingga hari ini malah meluas jadi Badai al-Ahrar masyarakat dipelbagai negara di dunia".

Diantara petikan catatan itu bertulis; "Ini adalah peluang yang baik untuk umat Islam yang berada dibarisan kebangkitan melawan hegemoni barat"; Peluang baik bagi umat Islam di dunia dengan membentuk rangka kerja dan mensistematisasikan aktivisme penentangan/muqawamah (pertahanan, pembelaan dan serangan) terhadap hegemoni zionisme barat ini, supaya dunia Islam kembali menjadi pemilik kata utama dalam arus dunia dan mencegah penipuan pendapat umum oleh media hegemoni barat. 

Juga yang memberi pengaruh kepada pemimpin politik dan memberi arah kepada pendapat umum dan perhimpunan antarabangsa telah diambil kira supaya naratif aktivis penentangan/muqawamah (pertahanan, pembelaan dan serangan perlawanan) menjadi naratif yang dominan.

Badai al-Aqsa telah mencipta harapan dan menguatkan semangat penentangan bagi gerakan rakyat Palestin yang tertindas. Bukti harapan ini dalam rakyat Palestin, walaupun menanggung penderitaan penindasan dan banyak korban, sangat jelas, dan kesan Badai Al-Aqsa kepada Israel dan penyokong angkuhnya ialah ia menghancurkan hegemoni dan prestij mereka di mata dunia, dan mereka mengalami kekalahan besar dan mengurangkan prestij mereka menghadapi politik, ketenteraan dan perisikan dalam sistem antarabangsa.

Analisis; Berdasarkan fakta yang berlaku hegemoni barat telah penuh berwarna zionisme, akibat dari kuatnya pengaruh lobi-lobi Yahudi penyokong zionisme di barat dan bahkan menjalar ke bahagian timur dunia (kawasan umat Islam), yang perlu disayangkan justeru penyokong utama kemajuan Israel membentuk negara di atas genangan darah rakyat muslim Palestin adalah sejumlah kepala-kepala negara-negara bermayoriti muslim sendiri.

Hadirnya para pemimpin munafik dalam tubuh bangsa-bangsa muslimin seperti Recep Tayyip Erdoğan dan beberapa lagi yang berada di atas kepimpinan sekarang ini, telah cukup jadi sebab berkepanjangannya derita umat Islam di Palestin dan bahkan hampir sama kejadiannya untuk umat Islam dipelbagai negara belahan dunia lainnya.

Boleh jadi Ibrah/pelajaran bagi kepala-kepala negara muslim lain, apa yang terjadi di Turki akhir-akhir ini.

Kebangkitan Badai al-Ahrar rakyat Turki yang mempersoalakan bantuan kerajaan Turki selama ini kepada rejim Zionis Israel; dalam masa 6 bulan minyak mesim jet-jet perang pembunuhan berama-ramai rakyat Gaza adalah dari minyak yang display - dikirim oleh Turki untuk rejim perampas ini, bahan makanan tentera-tentera zionis disediakan oleh industri-industri di Turki.

Kebangkitan dunia mustadhafin melawan dunia mustakbirin/Pasukan al-Quds/2

Bagaimana hal ini boleh terjadi, perkara yang cukup mencengangkan para penganalisis. bagaimana tidak; Erdoğan yang tampil di layar kaca media sosial seakan jadi pahlawan pembela Rakyat mazlum Gaza dan adalagi beberapa yang sama seperti lakonannya, ternyata menikamkan keris belati di belakang tubuh-tubuh lemah kanak-kanak dan wanita-wanita Gaza; sebab yatim dan patahnya tiang rumah lindungan wanita Gaza.

 

Apa yang perlu rakyat merdeka dunia / al-Ahrar untuk diperkatakan kepada seorang pimpinan negara muslimin yang mempunyai dua wajah / sikap hipokrit terhadap rakyat perkasa mazlum Gaza Palestin; tentu sama dengan apa yang menjadi slogan "Kematian bagi Amerika", "Kematian bagi Israel", "Kematian bagi Munafiqin".

Badai al-Aqsa; pasti akan terus membuka wajah-wajah palsu pemimpin-pemimpin dunia dari topeng-topeng yang dipakainya selama sebelum Badai ini menghempaskan topeng-topeng normalisasi mereka dengan rejim penjenayah zionis Israel.

Kebangkitan dunia mustadhafin melawan dunia mustakbirin/Pasukan al-Quds/2

*Siri Kebangkitan jihad membela orang tertindas - kajian Sekhah Al-Idrus; Study Program Muslim Thought (Ph.D) at Al-Mustafa International University, Republik Islam Iran.

captcha