IQNA

Bagaimanakah cara solat Aidilfitri berdasarkan riwayat Ahlulbayt Nabi (SAW)?

14:53 - April 09, 2024
Berita ID: 3104229
IQNA - Membayar zakat fitrah, mandi dan makan sebelum solat Aidilfitri adalah salah satu anjuran yang paling penting dalam solat penuh kebesaran ini, yang dilakukan dalam dua rakaat dengan lima takbir dan qunut.

Ramadhan Mubarak berakhir dengan Aid Mubarak al-Fitri dan alunan doa dalam solat Aidilfitri;

«اللّهُمَّ أَهْلَ الْكِبْرِياءِ وَالْعَظَمَةِ»
 "Allahumma Ahlal-Kibriyai Wa Al-Azdamah" yang menyenangkan bergema dalam kumpulan masyarakat besar yang menunjukkan keagungan Islam dan umat Islam, dan ini bermakna, wahai manusia di seluruh dunia, ketahuilah bahawa ramai orang ada di tengah anda sedang menyatakan kehambaan dan ketaatan kepada Allah - Tuhan Yang Maha Kuasa, mereka berpuasa selama sebulan, dengan berharap semoga maqbul di sisiNya.

Salah satu amalan yang paling penting dan bertuah di penghujung Ramadhan ialah menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Solat sunat Aidilfitri hendaklah ditunaikan pada hari raya Aidilfitri dari terbit matahari hingga tengah hari. 

Semasa kehadiran Imam maksum Ahlulbayt (as) -Imam al-Mahdi as- solat ini menjadi wajib, tetapi semasa ketiadaan Imam, dianjurkan untuk melakukan solat ini sebagai sunnah «مستحب».

Berkenaan dengan ibadat solat sunat Aidilfitri

Amatlah dianjurkan sebelum solat sunnat Aidilfitri hendaklah mengenepikan bahagian zakat fitrah dan melakukan mandi antara waktu subuh dan waktu solat Aidilfitri.

Dan apabila hendak solat,  mandilah dengan berkata: 

اللّهُمَّ إِيماناً بِكَ وَتَصْدِيقاً بِكِتابِكَ وَاتِّباعَ سُنَّةِ نَبِيِّكَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ
"Ya Allah, aku beriman dengan-Mu, setia kepada kitab-Mu dan menjadi pengikut sunnah Nabi-Mu Muhammad (SAW)".

Kemudian katakanlah; "dengan nama Allah" «بسم الله», mandilah dan sesudah mandi; ucapkanlah: 

اللّهُمَّ اجْعَلْهُ كَفَّارَةً لِذُنُوبِي وَ طَهِّرْ دِينِي، اللّهُمَّ أَذْهِبْ عَنِّي الدَّنَسَ
"Ya Allah, jadikanlah ia (mandi) sebagai penghapus dosa-dosaku dan kesucian untuk  agamaku, ya Allah hilangkan segala kekotoran dariku".

Digalakkan juga berbuka sebelum solat Aidilfitri, dan lebih baik jika ini berbuka dengan kurma atau manisan.

Doa sebelum solat Aidilfitri
Dianjurkan untuk membaca doa ini sebelum solat Aidilfitri:

اللّهُمَّ مَنْ تَهَيَّأَ فِى هذَا الْيَوْمِ أَوْ تَعَبَّأَ أَوْ أَعَدَّ وَاسْتَعَدَّ لِوِفادَةٍ إِلى مَخْلُوقٍ رَجاءَ رِفْدِهِ وَنَوافِلِهِ وَفَواضِلِهِ وَعَطايَاهُ فَإِنَّ إِلَيْكَ يَا سَيِّدِى تَهْيِئَتِى وَتَعْبِئَتِى وَ إِعْدادِى وَاسْتِعْدادِى رَجاءَ رِفْدِكَ وَجَوائِزِكَ وَنَوافِلِكَ وَفَواضِلِكَ وَفَضائِلِكَ وَعَطاياكَ، وَقَدْ غَدَوْتُ إِلى عِيدٍ مِنْ أَعْيادِ أُمَّةِ نَبِيِّكَ مُحَمَّدٍ صَلَواتُ اللّهِ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ، وَلَمْ أَفِدْ إِلَيْكَ الْيَوْمَ بِعَمَلٍ صالِحٍ أَثِقُ بِهِ قَدَّمْتُهُ، وَلَا تَوَجَّهْتُ بِمَخْلُوقٍ أَمَّلْتُهُ، وَلكِنْ أَتَيْتُكَ خاضِعاً مُقِرّاً بِذُنُوبِى وَ إِساءَتِى إِلى نَفْسِى، فَيا عَظِيمُ يَا عَظِيمُ يَا عَظِيمُ اغْفِرْ لِىَ الْعَظِيمَ مِنْ ذُنُوبِى، فَإِنَّهُ لَايَغْفِرُ الذُّنُوبَ الْعِظامَ إِلّا أَنْتَ، يَا لَاإِلهَ إِلّا أَنْتَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

"Ya Allah, orang-orang telah mempersiapkan diri pada hari ini, atau bersiap untuk berpenat, atau bersiap meraikan kedatangan tetamu atau mendatangi mereka, dengan mengharapkan rezekinya, amal-amal sukarelanya, karunianya, dan pemberiannya, maka sungguh itu untuk-Mu, wahai Tuhanku, sediakan daku untuk berusaha, bersedia meraikan hari ini dengan harapan rezeki-Mu, ganjaran-Mu, amal-amal sukarela-Mu, jasa-jasa-Mu dan pemberian-Mu. Daku telah datang ke salah satu hari raya umat Nabi-Mu Muhammad, semoga kesejahteraan Engkau anugerahkan ke atasnya dan keluarganya. Aku tidak datang kepada-Mu hari ini dengan membawa amal soleh yang aku percayai mencukupi, dan tidak pula aku mendekati makhluk untuk berharap pada mereka, malah aku datang kepada-Mu dalam keadaan tunduk, mengakui dosa-dosaku dan pelanggaran jiwaku terhadap kebesaran-Mu, wahai yang Maha besar, oh yang maha agung, ampunilah dosaku yang paling besar, kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa besar melainkan Engkau, sungguh tiada yang mengampuni dosa besar selain Engkau, wahai yang tiada Tuhan selain Engkau, wahai Yang Maha Pengasih dari para pengasih".

Cara Solat Aidilfitri
Solat Aidilfitri dua rakaat. Pada rakaat pertama, bacalah Surah al-Fatihah dan surat al-A'laa «الاعلی»; Kemudian ucapkan lima takbir yang selepas setiap takbir, mengambil Qunat dengan membaca doa Qunut berikut:

اللّهُمَّ أَهْلَ الْكِبْرِياءِ وَالْعَظَمَةِ، وَأَهْلَ الْجُودِ وَالْجَبَرُوتِ، وَأَهْلَ الْعَفْوِ وَالرَّحْمَةِ، وَأَهْلَ التَّقْوى وَالْمَغْفِرَةِ، أَسْأَلُكَ بِحَقِّ هذَا الْيَوْمِ الَّذِى جَعَلْتَهُ لِلْمُسْلِمِينَ عِيداً، وَ لِمُحَمَّدٍ صَلَّى اللّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ ذُخْراً وشَرَفاً وَمَزِيداً أَنْ تُصَلِّىَ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ وَأَنْ تُدْخِلَنِى فِى كُلِّ خَيْرٍ أَدْخَلْتَ فِيهِ مُحَمَّداً وَآلَ مُحَمَّدٍ، وَأَنْ تُخْرِجَنِى مِنْ كُلِّ سُوءٍ أَخْرَجْتَ مِنْهُ مُحَمَّداً وَآلَ مُحَمَّدٍ صَلَواتُكَ عَلَيْهِ وَعَلَيْهِمْ أجْمَعِين. اللّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ خَيْرَ مَا سَأَلَكَ مِنْهُ عِبادُكَ الصَّالِحُونَ، وَأَعُوذُ بِكَ فِيهِ مِمَّا اسْتَعاذَ مِنْهُ عِبادُكَ الصَّالِحُونَ.

"Ya Allah, pemilik kebesaran dan keagungan, pemilik kedermawanan dan kekuatan, pemilik pengampunan dan mengasihani, pemilik taqwa dan mengampuni, aku memohon kepada-Mu dengan hak hari ini, yang Engkau jadikan hari raya untuknya umat Islam, dan untuk Muhammad, semoga kesejahteraan Engkau anugerahkan ke atasnya dan keluarganya, sebagai simpanan dan kehormatan dan kelebihan untuk kesejahteraan yang Engkau anugerahkan ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad dan untuk  Engkau memasukkanku ke dalam setiap kebaikan yang Engkau memasukkan Muhammad dan keluarga Muhammad ke dalamnya, dan agar Engkau menjauhkanku dari setiap kejahatan yang telah Engkau selamatkan darinya Muhammad dan keluarga Muhammad, semoga rahmat-Mu tercurah kepadanya dan kepada mereka semua. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikan yang diminta oleh hamba-hamba-Mu yang soleh, dan aku berlindung kepada-Mu dari apa yang telah diminta oleh hamba-hamba-Mu yang soleh untuk menghindarinya".

Kemudian membaca Takbir keenam untuk melakukan Ruku dan selepas Ruku dan Sujud, berdiri kembali untuk rakaat kedua selepas membaca surah al-Fatihah membaca surah asy-Syams «الشمس», Kemudian ucapkan empat takbir dan selepas setiap takbir mengambil Qunut dengan baca doa qunut yang sama.

Apabila selesai, ucapkan takbir kelima dan pergi ke ruku dan selesaikan solat dan selepas salam membaca Tasbih Hazrat Fathimah az-Zahra (as); (Zikir Takbir - Allahu Akbar - 34x «الله اکبر» , hamdalah 33x - Alhamdulillah- «الحمد لله» dan tasbih - Subhaanallah - 33x «سبحان الله»).

Disarankan juga membaca doa Sahifah Sajjadiyah yang ke46 selepas solat Aidulfitri.

4209364

tanda nama: solat Aidulfitri
captcha