Laporan IQNA, memetik pangkalan maklumat pejabat Pemimpin Tertinggi, menjelang hari-hari 10 Fajar dan ulang tahun ke-44 kemenangan gemilang Revolusi Islam, Ayatullah Khamenei (hf), Pemimpin Tertinggi Revolusi, menghadiri makam Imam Khumeini (ra) pagi semalam (Selasa) sebagai menghormati ingatan pengasas Republik Islam Iran.
Pemimpin Revolusi Islam kemudian menziarahi kubur para syuhada pada peristiwa 7 Julai dan para syuhada letupan pejabat perdana menteri pada tahun 1360HS.
Ayatullah Khamenei (hafizdahullah) turut menziarahi kuburan syuhada pertahanan keselamatan negara republik Islam Iran; Arman Alivardi (آرمان علیوردی) dan beberapa syuhada yang mempertahankan maqam suci para Imam maksum Islam (as), syuhada tanpa nama dan syuhada pertahanan kesihatan - yang meninggal semasa wabak covid-19.
4118514