IQNA

5 dosa yang tidak diampuni Oleh Allah SWT

11:23 - February 02, 2023
Berita ID: 3102173
TEHRAN (IQNA) - Ada lima dosa yang menurut Imam Ali (as), tidak diampuni oleh Allah SWT.

Laporan IQNA; Hujjatul-Islam wal-Muslimin Muhammad Reza Yusufi (محمدرضا یوسفی), seorang profesor di Fakulti Ekonomi Universiti Mufid (دانشکده اقتصاد دانشگاه مفید), semasa bacaan khutbah 153 Nahjul-Balaghah, menyatakan perkara berikut:

Dalam khutbah 153 Nahjul-Balaghah, menyatakan bahawa manusia menyimpang dari jalan yang benar dengan tiga cara. Salah satunya ialah dengan cara paksaan atas nama agama, kedua memutarbelitkan perkataan (mengubah kata), dan satu lagi ialah seseorang tidak bercakap jujur ​​kerana takut -

«وَ لَا يُعِينُ عَلَى نَفْسِهِ الْغُوَاةَ بِتَعَسُّفٍ فِي حَقٍّ أَوْ تَحْرِيفٍ فِي نُطْقٍ أَوْ تَخَوُّفٍ مِنْ صِدْقٍ»

Selepas kenyataan ini, Sayyidina Ali (KWJ) memberikan beberapa saranan, seperti; orang harus keluar dari tidur kelalaian, dan orang melakukan perkara ketidakjujuran ini kerana mereka tenggelam dalam dunia. Saya telah menyebut ini hingga mendapatkan kata-kata beliau (as) berikut:

«إِنَّ مِنْ عَزَائِمِ اللَّهِ فِي الذِّكْرِ الْحَكِيمِ الَّتِي عَلَيْهَا يُثِيبُ وَ يُعَاقِبُ وَ لَهَا يَرْضَى وَ يَسْخَطُ، أَنَّهُ لَا يَنْفَعُ عَبْداً وَ إِنْ أَجْهَدَ نَفْسَهُ وَ أَخْلَصَ فِعْلَهُ أَنْ يَخْرُجَ مِنَ الدُّنْيَا لَاقِياً رَبَّهُ بِخَصْلَةٍ مِنْ هَذِهِ الْخِصَالِ لَمْ يَتُبْ مِنْهَا: أَنْ يُشْرِكَ بِاللَّهِ فِيمَا افْتَرَضَ عَلَيْهِ مِنْ عِبَادَتِهِ، أَوْ يَشْفِيَ غَيْظَهُ بِهَلَاكِ نَفْسٍ، أَوْ يَعُرَّ بِأَمْرٍ فَعَلَهُ غَيْرُهُ، أَوْ يَسْتَنْجِحَ حَاجَةً إِلَى النَّاسِ بِإِظْهَارِ بِدْعَةٍ فِي دِينِهِ، أَوْ يَلْقَى النَّاسَ بِوَجْهَيْنِ أَوْ يَمْشِيَ فِيهِمْ بِلِسَانَيْنِ؛ اعْقِلْ ذَلِكَ فَإِنَّ الْمِثْلَ دَلِيلٌ عَلَى شِبْهِهِ»

"Sesungguhnya diantara perintah yang dititikberatkan oleh Allah dalam Al-Quran - azZikrul Hakim- sebagai sebutan yang penuh hikmah - yang diberi pahala dan diseksa, serta diredhai atau dibenci bahawa; Tidaklah bermanfaat bagi seorang hamba, walaupun dirinya berusaha dengan ikhlas dalam perbuatannya, namun ia meninggalkan dunia - menemui Tuhannya dengan salah satu dari sifat-sifat ini yang ia tidak bertaubat darinya:
1. Mempersekutukan Allah di dalam apa yang telah diwajibkan atasnya untuk beribadah kepada-Nya.
2. Meredakan kemarahan diri dengan membinasakan jiwa orang lain.
3. Mendedahkan sesuatu kerja yang dilakukan oleh orang lain.
4. Mencari kelegaan yang ia perlukan dari manusia dengan membuat bid'ah dalam agama.
5. Menjumpai orang dengan bermuka dua atau bergaul di antara mereka dengan dua lidah;
Pahamilah itu, kerana perumpamaan itu adalah bukti tentang rupanya.

Penjelasan; Isu pertama ialah sifat orang melakukan kesyirikan terhadap Allah; Apabila anda melakukan solat dan berpuasa lakukanlah semata-mata kerana Allah. Bilakah kita terjerumus kesyirikan? Manusia sebenarnya faham, jika ia melakukan syirik itu kerana ia mencari kemanfaatan dunia sahaja.

Isu kedua yang dibangkitkan oleh Sayyidina Ali (as) ialah membunuh orang kerana marah, ini adalah salah satu perkara yang tidak dapat diampuni oleh Allah.

Allahyarham syahid Mughniyah mengatakan bahawa dalam isu ini, tidak semestinya terjadi dalam perang antara Iman dan arogansi, tetapi kenyataan ini termasuk sebarang kemusnahan yang ditimpakan kepada orang lain yang dibuat atas kemarahan diri sendiri. Anda sama sekali tidak berhak untuk memusnahkan orang lain atas apa-apa sebab, seperti jika ada orang menentang anda, walau apa pun, anda tidak berhak untuk memusnahkan hidup orang lain hanya dengan bukti dan dalih seperti kerana ia bertentangan dengan anda, sehingga anda ingin menyulitkan kehidupannya atau anda mencari jalan untuk membinasakanya dan segala cara untuk memboikot sumber kehidupannya, anda mencipta masalah dalam hidupnya, atau mencipta kekurangan untuknya.

Isu ketiga ialah orang yang tidak menyukai seseorang dan membuat selubung untuknya dengan menuduh dan mefitnahnya. Ini adalah isu serius dalam dunia politik; sebahagian orang politik menolak lawan mereka dengan membuat tuduhan. Ini adalah salah satu dosa yang tidak dapat diampuni, dan jika seseorang mati dalam keadaan ini, Allah tidak akan mengampuninya.

Perkara keempat yang dibangkitkan oleh Amirul-Mukminin (as) ialah manusia memerlukan manusia lain, dan supaya manusia cenderung kepadanya, dia mencipta bid'ah dalam agama - menunggang agama untuk mencapai tujuannya yang menyalahi ajaran agama.

Perkara kelima perbincangan yang bersifat kemunafikan, apabila seseorang bercakap ia mempunyai dua muka. Sikap bermuka dua ini boleh jadi dengan cara bercakap dengan seseorang dalam satu cara pada satu masa dan cara lain pada masa yang lain yang tidak selaras.

Duplicity (pemalsuan) adalah lebih dilakukan apabila seseorang mencari kuasa, sebab jika dia mengatakan secara jelas bahawa dia sedang mencari kuasa, orang tidak akan menerimanya.

Mengapa Allah tidak mengampuni lima dosa ini?
Tuhan tidak mengampuni dosa-dosa ini, kerana orang yang melakukan dosa ini berkaitan dengan mengubah haluan hidup orang lain - merugikan orang ramai. Tingkah laku jenis ini mengubah hala tuju masyarakat dan membawa masyarakat kepada penyelewengan dan kesesatan - dan sangat besar dosa ini di sisi Allah SWT.

Akhirnya, Sayyidina Ali (KWJ) berkata, fikirkan tentang perkara yang saya katakan ini. Kemudian Hazrat berkata, tidak hanya terbatas pada lima perkara ini tetapi apa sahaja yang anda lakukan yang menyebabkan penyelewengan dalam masyarakat, mempunyai keserupaan dengan lima perkara ini sebagai ketetapan yang sama -adalah ia sebagai dosa yang tidak diampuni-

*Kitab Nahjul-Balaghah adalah kitab kumpulan khotbah Amirul mukminin, Khulafau-Rasyidin al-Imam Ali bin Abi Thalib (karramallahu wajhahu wa radhiallahu anhu).

captcha