IQNA

Abbas Salimi:

Ahli-ahli Kafilah Al-Quran Revolusi Islam adalah pembela kesucian Al-Quran + video

8:14 - February 01, 2023
Berita ID: 3102166
TEHRAN (IQNA) - Pemimpin majlis Al-Quran negara Republik Islam Iran berkata pada mesyuarat gerakan kelima Al-Quran Kafilah Al-Quran Revolusi, menunjukkan bahawa ahli kafilah mempunyai tiga ciri asas iaitu beriman kepada Al-Quran, membantu Al-Quran dan menjadi gabenor Al-Quran (berwilayah Al-Quran).

Laporan IQNA; Majlis dan perhimpunan Al-Quran pembukaan Kafilah Al-Quran kelima Revolusi pada Isnin, 30 Januari, dengan kehadiran Abbas Salimi (عباس سلیمی), seorang perintis majlis Al-Quran Negara; Mahdi Qarashikhlo (مهدی قره‌ شیخلو), qari antarabangsa Negara dan sekumpulan pengurus Al-Quran bandar dan qari-qari antarabangsa yang dipersembahkan oleh pengendali program Hadi Salahjoo ( هادی صلحجو) di wilayah makam suci Sheikh Saduq (ra).

Beliau berkata: kehebatan Revolusi Islam adalah lebih besar daripada fakta bahawa kafilah ini hanya terdapat di beberapa bandar dan apa yang salah diperkiraan sebahagian orang dengannya, sedang yang sebenar bahawa ahli kafilah boleh merancang sekarang untuk tahun depan mempunyai 14 kafilah Al-Quran di wilayah yang berbeza di negara ini atas nama 14 Imam maksum AhlulBait Nabi (SAW).

قرآن‌باور، قرآن‌یاور و ولایت‌مداری سه ویژگی اساسی اعضای کاروان قرآنی است/

Dalam perhimpunan Al-Quran ini, Abbas Salimi menegaskan bahawa ahli kafilah Al-Quran sekali lagi mengembara sebagai utusan Al-Quran ke pelbagai wilayah dan kota di tanah air Islam untuk membawa seruan Al-Quran ke telinga rakyat senegara, dan berkata: Ahli kafilah Al-Quran mempunyai tiga ciri asas; Mereka percaya kepada Al-Quran, membantu Al-Quran, dan berorientasikan kepada wilayah negara republik Islam sebagai wilayah Al-Quran, dan mereka memahami pergerakan indah mereka ini dengan baik, dan mereka menyedari kedudukan tinggi mereka dan kehebatan yang mereka miliki sebagai pembawa Al-Quran, dan mereka tahu bahawa Nabi (SAW) bersabda:

«مَن قَرأَ القرآنَ و لَم یَعمَل بهِ حَشَرَهُ اللّه ُ یَومَ القِیامَةِ أعمى»

"Sesiapa membaca Al-Quran dan ia tidak mengamalkan Al-Quran, Allah akan bangkitkan ia di hari kiamat dalam keadaan buta".

Mereka telah memahami mesej ayat kesebelas Surah Mubarakah Hajj;

وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَعْبُدُ ٱللَّهَ عَلَىٰ حَرْفٍۢ ۖ ۖ

"Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap..."(Qs, Al-Hajj 22:11).

Yang bermaksud di antara manusia ada yang menyembah Allah dengan lisan dan zahir (bukan dari dalam dan yang benar) dan mereka bukanlah orang-orang yang jihad (جهاد) dan penentang kebatilan (مقاومة).

Salimi menjelaskan: Anggota kafilah Al-Quran revolusi Islam adalah penolong dan pembela kesucian Al-Quran, dan sesiapa yang berani memasuki kawasan suci Al-Quran dengan berlaku menghinanya mereka akan tunjukan jihad penentangan mereka atas hal itu.

Pemimpin majlis Al-Quran negara Islam Iran menyatakan: Kafilah Al-Quran revolusi mengumumkan kepada seluruh dunia bahawa berdasarkan pandangan dunia Al-Quran, kita mengutamakan keamanan dan persahabatan, tetapi selari dengan pasifisme - niat baik perdamaian ini, kita tidak akan mengabaikan dua prinsip penting rasional islamik iaitu; mengenal musuh dengan permusuhannya dan juga anti-permusuhan.

 

قرآن‌باور، قرآن‌یاور و ولایت‌مداری سه ویژگی اساسی اعضای کاروان قرآنی است/

4118507

captcha