IQNA

Apa kata Al-Quran / 37

Membantu orang yang memerlukan sebagai meminjamkan kepada Tuhan

6:42 - November 23, 2022
Berita ID: 3101841
TEHRAN (IQNA) - Isu meminjamkan wang kepada Tuhan disebut tujuh kali dalam Al-Quran, yang menunjukkan satu undang-undang sosial, yang bermaksud membantu orang yang memerlukan. Tafsiran ini mempunyai makna tersembunyi yang menarik untuk diperhatikan.

Laporan IQNA; Salah satu ayat Al-Quran yang membicarakan peminjaman harta kepada Tuhan, ayat:

مَنْ ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً وَاللَّهُ يَقْبِضُ وَيَبْسُطُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

“Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan." (Qs, Al-Baqarah 2:245).

Memberi pinjaman kepada Allah bermaksud sedekah - infaq (membantu orang yang memerlukan) yang dilakukan di jalan Allah. Ayat di atas bermaksud janganlah kamu menyangka memberi dan infaq itu akan mengurangkan harta kamu, tetapi perluasan dan pembatasan rezeki kamu adalah di tangan Allah.Topik pinjaman kepada Tuhan disebut tujuh kali dalam Al-Quran.

Tafsir Majmaul-Bayan telah menyatakan syarat-syarat meminjamkan kebaikan - harta (قرض‌الحسنه - Qardhul-Hasanah):
1. Hendaklah daripada harta yang halal.

2. Pastikan sihat, cantik dan sempurna.

3. Harta asas yang perlu, seperti makanan asas.

4.Tampa ada harap imbalan balik.

5. Tampa riya' - ingin dipuji khalayak.

6. Dibuat secara tersembunyi.

7. Transaksi dibuat berdasarkan kasih sayang dan pengorbanan.

8. Pembayaran dibuat sesegera mungkin (Bayar cepat).

9. Pemberi pinjaman harus berterima kasih kepada Tuhan atas kejayaan ini.

10. Reputasi peminjam harus dipelihara dengan tidak mengungkit dan menghina kepada yang diberi pinjaman - yang ditolong.

"Pinjaman" dalam bahasa Arab « ٌقَرض» Qardhun - bermaksud memotong, bahawa hakikat pinjaman dipanggil Qardhun adalah kerana sebahagian daripada harta itu dipotong dan diberikan kepada orang lain untuk diambil semula.

Menolong orang yang terdesak keperluan termasuk jihad, jihad adakalanya dengan jiwa, yang disebut dalam ayat sebelum ayat ini, dan ada kalanya dengan harta yang disebut dalam ayat ini.

Tafsiran pinjaman kepada Allah menunjukkan balasan pinjaman yang baik adalah tanggungjawab Allah.

Allah swt apabila menganjurkan memberi pinjaman, intonasi perintah dibuat dalam bentuk bertanya siapa yang akan memberi pinjaman kepada Tuhan, supaya manusia tidak merasa enggan dan terpaksa, tetapi memberi pinjaman kepada orang lain dengan rela dan dorongan kesedaran dan cinta.

Pahala Allah bagi pemberi pinjaman adalah di dunia dan di akhirat. Kerana di samping "berkali-kali ganda" - «أَضْعافاً كَثِيرَةً» Allah juga berfirman: وَ إِلَيْهِ يُرْجَعُونَ "Dan kepada-Nya mereka akan kembali" memberi isyarah bahwa memberi bantuan kepada orang lain ada dua ganjaran yang terpisah; untuk hisab pahala akhirat dan juga ganjaran yang segera di dunia.

Orang-orang munafik selalu berkata: Janganlah kamu memberi kepada orang Islam supaya mereka terpencar dari Rasulullah;

هُمُ الَّذِيْنَ يَقُوْلُوْنَ لَا تُنْفِقُوْا عَلٰى مَنْ عِنْدَ رَسُوْلِ اللّٰهِ حَتّٰى يَنْفَضُّوْاۗ وَلِلّٰهِ خَزَاۤىِٕنُ السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضِۙ وَلٰكِنَّ الْمُنٰفِقِيْنَ لَا يَفْقَهُوْنَ

"Merekalah yang mengatakan (kepada orang-orang Islam di Madinah yang menolong Rasulullah dan orang-orang Muhajirin): "Janganlah kamu membelanjakan harta kamu kepada orang-orang yang ada bersama-sama Rasulullah supaya mereka bersurai (meninggalkannya)". Padahal bagi Allah jualah perbendaharaan langit dan bumi, (tiada sesiapapun yang dapat memberi atau menyekat sebarang pemberian melainkan dengan kehendakNya); akan tetapi orang-orang yang munafik itu tidak memahami (hakikat yang sebenarnya)." (Qs, Al-Munaafiquun 63:7).

Pesan ayat dalam Tafsir Noor:
1. Menolong orang adalah menolong Tuhan. «يُقْرِضُ اللَّهَ»

"Meminjamkan kepada Tuhan" bukannya « َيُقْرِضُ النَاس» "Meminjamkan kepada orang".

2. Dorongan itu perlu untuk menggalakkan manusia beramal. "Berlipat kali ganda lagi" «فَيُضاعِفَهُ لَهُ أَضْعافاً كَثِيرَةً»

3. Jika kita anggap luas dan sempitnya rezeki bukan di tangan kita tetapi berada di tangan Allah, kita akan mudah infaq harta kita. «واللّه‌ يَقْبِضُ وَ يَبْسُطُ» - Allah yang menutup dan membuka rezeki bagi manusia.

4. Jika kita tahu bahawa kita akan kembali kepada Allah dan mengambil kembali apa yang telah kita berikan, kita akan infaq dengan mudah. «إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ» "KepadaNya tempat Pengembalian kita".

Berita Berkaitan
captcha