IQNA

Moderna akui vaksin keluarannya dicemari partikel keluli

17:37 - September 02, 2021
Berita ID: 3100062
TEHRAN(IQNA)- Syarikat bioteknologi, Moderna berkata pada Rabu bahawa kumpulan vaksin Covid-19 keluarannya yang tercemar di Jepun dicemari dengan partikel keluli tahan karat.

Bagaimanapun, ia tidak menyangka ia akan membawa risiko keselamatan terhadap para penerimanya.

Syarikat tersebut menerima tamparan di negara tersebut apabila lebih satu juta dos vaksin keluarannya digantung.

Penggunaan digantung selepas Jepun menemui terdapat bahan asing di dalam botol-botol vaksin keluaran Moderna.

Pihak berkuasa turut menyiasat kematian dua lelaki yang menerima dos dari vaskin yang telah dicemari itu.

Bagaimanapun, punca kematian sebenar mereka masih belum diketahui lagi.

Buat masa sekarang, Moderna berkata, tidak ada bukti bahawa dua kematian tersebut mempunyai kaitan dengan vaksin berkenaan dan siasatan sedang berlaku bagi mengetahui punca dua lelaki berkenaan meninggal dunia.

Pada minggu lalu, Jepun menggantung penggunaan 1.63 juta dos Moderna di seluruh negara itu.

Ia adalah disebabkan oleh penemuan bahan asing di dalam botol-botol vaksin keluaran syarikat bioteknologi tersebut.

Pada akhirnya, setiap manusia yang cerdas, terutama bagi para pemimpin negara dan umat Islam, sepatutnyalah tidak boleh mengikuti agenda kapitalis kafir yang hanya melindungi kepentingan keuntungan material mereka tanpa memikirkan keselamatan jiwa manusia, umat dan rakyat bangsa sendiri, penyelidik bioteknologi, terutama pakar perubatan muslim harus selalu jujur ​​dan berusaha sedaya upaya untuk membuat vaksin atau ubat-ubatan yang selamat untuk digunakan oleh manusia dan tidak hanya menurut apa kata elite politik mustakbirin yang berlaku jahat atas kamanusiaan, hal ini tentu harus diwaspadai.

sinarharian

captcha